TIPS NAK KENAL MEREKA YANG MENYAMAR JADI POLIS...

Bagaimana untuk mengenali samada seseorang itu polis
Saudara, saudari & rakan-rakan,

Kebelakangan ini kita banyak come across

cerita-cerita mengenai orang awam yang menyamar

sebagai polis untuk menakut-nakutkan the unsuspecting

public dan kemudiannya memeras wang/barangan berharga

from them. Ini sudah tentu menjatuhkan maruah polis.


Saya akan memberitahu cara untuk mengenali orang

yang menyamar sebagai polis ini. Cara yang paling

mudah ialah apabila didekati oleh orang yang mengaku

polis is by asking their authority card (kad kuasa).

Untuk mengenalinya cukup mudah. Bagi anggota pangkat

rendah (APR), warna kad kuasa polis ialah KUNING. Bagi

Sukarelawan Polis, warna kad kuasa polis ialah PUTIH.

Pangkat-pangkat APR bermula daripada paling rendah

ialah konstabel. Pangkat-pangkat APR: KONSTABEL, LANS

KOPERAL, KOPERAL, SARJAN, SARJAN MEJAR, SUB-INSPEKTOR.

Dalam kad kuasa polis itu kita boleh lihat Nombor

(contohnya RF12345 @ SP12345), Pangkat (contohnya Lans Koperal)&

Nama. Di belakang kad tertulis POLIS 2B-FORM A,

Pegawai Yang Mengesahkan & cop PDRM. Ambil perhatian.


Bagi kad kuasa pegawai kanan polis, warnanya ialah

BIRU. Semua kandungannya adalah lebih kurang sama.

Bagi pegawai kanan polis (PK), warna kad kuasa ialah

biru. Pangkat-pangkat pegawai kanan polis bermula

daripada Inspektor. Susunan pangkat pegawai kanan

polis bermula daripada INSPEKTOR, CIF INSPEKTOR,

ASSISTANT SUPERINTENDENT (ASP), DEPUTY SUPERINTENDENT

(DSP) SUPERINTENDENT, ASSISTANT COMMISIONER (ACP),

SENIOR ASSISTANT COMMISIONER (SAC), DEPUTY COMMISIONER

(DC), COMMISIONER (CP), DEPUTY-INSPECTOR GENERAL

(DIG), INSPECTOR-GENERAL (IG - KETUA POLIS NEGARA).

Apabila ada orang mengaku polis,

tanya kad kuasa mereka. Tiada kad kuasa samalah

seperti tiada kad pengenalan apabila diminta. Jika

dapati wujud orang seperti ini, hubungi balai

berdekatan. Sila simpan no telefon balai di mana anda

tinggal. Ini sangat penting. Kita tidak tahu apa akan

terjadi kepada kita. Pendatang asing sering tertipu

dengan orang awam yang mengaku polis.


Jika anda dapati ada anggota polis memakai uniform

yang memeras wang daripada anda, sila catit nombor

angka yang tertera pada sebelah kanan uniform mereka &

buat laporan polis secepat mungkin.