Getaran Ayat² Al-Qur'an-3


Assalamualaikum...

Wahai Penyembah Allah...

Setiap 'PERSEMBAHAN KELAKUAN' yg dilakukan, lakukanlah yg paling terbaik. InsyaAllah... Allah tidak tidur (MEMERHATI)..
Kembali aku untuk meneruskan perjalanan ini. Jari aku masih diizinkan oleh Allah utk terus menaip dan aku masih lagi bernafas untuk terus mencari dan mengenal-Nya dan akan aku tanamkan dalam hati 'KERANA ALLAH' atas setiap apa yang aku lakukan. Carilah dunia seolah kita akan hidup lama dan carilah akhirat seolah kita akan mati sebentar lagi.

*Analisa Graf Getaran Ayat-Ayat Al Qur'an*
Aku taipkan di sini hanyalah secara kaitannya dan batas 'kaitan' itu aku tidak melampaui. Secara pengetahuan yg tlh diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan pewaris baginda, Allah mulakan menunjukkan kehebatan-Nya dgn penciptaan-Nya yg 7; iaitu 7 lapisan langit, 7 lapisan bumi, 7 benua lautan, 7 hari, 7 tingkat syurga, 7 tingkat neraka, 7 anggota tubuh yang setaraf (sama rata) menyentuh ketika sujud (bg yang menyedari serta anggota tubuh yang sempurna) iaitu 1 dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut dan 2 ibu jari kaki dan sebagainya.
Pada angka 1 itulah, Surah 1 : Al Fatihah, 7 ayat. Dari satu titik ini maka bermulalah kehidupan di dunia ini. Jika diperhatikan dari angka 1 ke angka 2, menunjukkan Umat Manusia serta Alam ini akan bertambah @ membesar. Dan dikaitkan lagi, peringkat kehidupan di dunia ini hanyalah 5 peringkat (lihat jari kalian, di situlah PERINGATANNYA). Kembali kepada graf, 5 peringkat : 2,3,4,5 dan 6. Dan ingat, kita sekarang berada dalam dunia akhir zaman. Macamana tahu ? Tak susah, Nabi Muhammad SAW adalah Nabi yang terakhir, NABI AKHIR ZAMAN, UMAT YANG TERAKHIR dan setiap Umat Manusia ada Nabinya masing-masing. Sebab itulah, kita berpegang kepada ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW dan bukannya nabi² sebelumnya. Yang sebelum itu, boleh dijadikan pengajaran bagi yang berfikir (25 nabi yg wajib diketahui) dan yang perlu diikuti adalah ajaran Nabi Muhammad SAW.